weLcOme tO mY paGe

sTay fOr a wHiLe..
leaVe wiTh yOuR sMiLe...

Thursday, 29 March 2012

Ubatan Tradisional


Perubatan tradisional biasanya diamalkan berdasarkan pengetahuan tradisi yang disalurkan melalui pengalaman dan pengamalan. Golongan yang lebih tua merupakan orang-orang yang sangat berpengalaman mengenai penggunaan kaedah perubatan tradisional ini, dan kemudiannya pengetahuan ini akan diwariskan kepada golongan muda melalui pendidkan tidak formal, perbualan, pengalaman dan juga pengamalan. Perubatan tradisional ini membolehkan masyarakat sentiasa menambah ilmu perubatan tradisional melalui pengalaman sebagai proses pembelajaran. Dalam hal ini, perubatan tradisional tidak akan terus pupus ditelan arus kemodenan tetapi boleh diwarisi secara turun temurun.

Kekangan yang dihadapi mengenai perubatan tradisional ini adalah disebabkan oleh perasaan malu generasi muda untuk menggunakan ubatan tradisional kerana takut dikatakan sebagai kuno dan ketinggalan zaman. keadaan ini menyebabkan amalan penggunaannya semakin berkurangan.

sumber : (Jurry Foo, 2009)

Tumbuhan Ubatan

Tumbuhan ubatan secara umumnya dikenali sebagai ‘herba’ kerana kebanyakan tumbuhan ubatan adalah daripada jenis herba (Shamsul et al., 2003). Tumbuhan ubatan ini biasanya boleh didapati di dalam persekitaran manusia itu sendiri, sama ada melalui tumbuhan semula jadi mahupun tumbuhan yang ditanam. Jika dilihat dari sudut kegunaan dan peranannya terhadap manusia dan haiwan memang tidak terhitung banyaknya. Dari tumbuhan renek hinggalah ke pokok-pokok besar, kesemua jenis tumbuhan tersebut mempunyai peranan masing-masing khususnya dari segi perubatan. Kenyataan ini boleh dibuktikan di mana terdapat banyak kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji mengenai kegunaan tumbuh-tumbuhan dalam bidang perubatan khususnya perubatan tradisional.

Tumbuh-tumbuhan



Tumbuh-tumbuhan merupakan merupakan sumber yang sangat penting di dalam kehidupan manusia. Fungsinya yang pelbagai telah menjadikan ia sebagai sumber atau bahan asas kepada farmaseutikal moden pada hari ini. Kini, WHO (World Health Organization telah menganggarkan bahawa sebanyak 80 peratus manusia masih lagi bergantung khususnya, kepada ubat-ubatan tradisional seperti herba, akar kayu dan rumpai sebagai ubat. Malah, penggunaan perubatan secara tradisional ini sememangnya telah diamalkan sejak beberapa dekad yang lalu (WHO, 2000). Pelbagai jenis tumbuhan dikenalpasti memiliki unsur-unsur penawar dan sekurang-kurangnya dijadikan sebagai tambahan kepada ubat-ubatan yang diperoleh daripada farmasi. Walau bagaimanapun, dengan proses pemodenan, pengetahuan mengenai tumbuhan liar yang boleh dimakan, tumbuhan aromatik, tumbuhan beracun, tumbuhan ubatan dan tumbuhan yang mempunyai kaitan dengan kebudayaan semakin dilupakan.