Tumbuhan ubatan secara umumnya dikenali sebagai ‘herba’ kerana kebanyakan tumbuhan ubatan adalah daripada jenis herba (Shamsul et al., 2003). Tumbuhan ubatan ini biasanya boleh didapati di dalam persekitaran manusia itu sendiri, sama ada melalui tumbuhan semula jadi mahupun tumbuhan yang ditanam. Jika dilihat dari sudut kegunaan dan
peranannya terhadap manusia dan haiwan memang tidak terhitung banyaknya. Dari
tumbuhan renek hinggalah ke pokok-pokok besar, kesemua jenis tumbuhan tersebut
mempunyai peranan masing-masing khususnya dari segi perubatan. Kenyataan ini
boleh dibuktikan di mana terdapat banyak kajian-kajian yang telah dilakukan
oleh pengkaji-pengkaji mengenai kegunaan tumbuh-tumbuhan dalam bidang perubatan
khususnya perubatan tradisional.
No comments:
Post a Comment