weLcOme tO mY paGe

sTay fOr a wHiLe..
leaVe wiTh yOuR sMiLe...

Wednesday, 16 May 2012


ABSTRAK

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui persepsi masyarakat kawasan kajian iaitu di kawasan kampung Tuarid Taud, Keningau mengenai amalan penggunaan tumbuhan ubatan dalam perubatan tradisional sebagai bahan sampingan dalam merawat penyakit. Kajian ini penting untuk mengetahui sejauh manakah pengetahuan masyarakat kajian mengenai spesies tumbuhan ubatan yang boleh dan sesuai digunakan untuk sesuatu jenis penyakit serta mengetahui kegunaan-kegunaan tumbuhan ubatan tersebut. Dalam memenuhi matlamat kajian ini, terdapat tiga objektif utama yang diaplikasikan dalam kajian. Objektif pertama menyentuh mengenai spesies tumbuhan yang digunakan dalam perubatan tradisional, kedua adalah mengenai kegunaan tumbuhan ubatan dan seterusnya adalah untuk mengenalpasti sebab atau faktor penggunaan tumbuhan ubatan dalam perubatan tradisional. Beberapa metodologi kajian digunakan bagi mencapai objektif kajian iaitu dengan menggunakan kaedah pemerhatian, kaedah soal selidik, kaedah temu bual dan juga melalui kaedah pemerhatian. Dapatan awal mendapati bahawa masyarakat kawasan kajian ini masih lagi menggunakan tumbuhan ubatan dan mengamalkan perubatan tradisional. Dapat dilihat bahawa masyarakat di kawasan kajian ini masih lagi mempercayai keberkesanan tumbuhan ubatan dalam merawat sesuatu penyakit seterusnya mencapai tiga elemen penting kajian iaitu spesies tumbuhan ubatan yang digunakan, kegunaan tumbuhan ubatan tersebut dan juga sebab atau faktor penggunaan tumbuhan ubatan. 

Kata kunci : Tumbuhan Ubatan, Perubatan Tradisional, Pengetahuan Masyarakat

No comments:

Post a Comment