Perubatan tradisional biasanya diamalkan
berdasarkan pengetahuan tradisi yang disalurkan melalui pengalaman dan
pengamalan. Golongan yang lebih tua merupakan orang-orang yang sangat berpengalaman mengenai penggunaan kaedah perubatan tradisional ini, dan kemudiannya pengetahuan ini akan diwariskan kepada golongan muda melalui pendidkan tidak formal, perbualan, pengalaman dan juga pengamalan. Perubatan tradisional ini membolehkan masyarakat sentiasa menambah ilmu perubatan tradisional melalui pengalaman sebagai proses
pembelajaran. Dalam hal ini, perubatan tradisional tidak akan terus pupus
ditelan arus kemodenan tetapi boleh diwarisi secara turun temurun.
Kekangan yang dihadapi mengenai perubatan tradisional ini adalah disebabkan oleh perasaan malu generasi muda untuk menggunakan ubatan tradisional kerana takut dikatakan sebagai kuno dan ketinggalan zaman. keadaan ini menyebabkan amalan penggunaannya semakin berkurangan.
sumber : (Jurry Foo, 2009)
No comments:
Post a Comment