ABSTRAK
Tujuan kajian ini dilakukan adalah
untuk mengetahui persepsi masyarakat kawasan kajian iaitu di kawasan kampung
Tuarid Taud, Keningau mengenai amalan penggunaan tumbuhan ubatan dalam
perubatan tradisional sebagai bahan sampingan dalam merawat penyakit. Kajian
ini penting untuk mengetahui sejauh manakah pengetahuan masyarakat kajian
mengenai spesies tumbuhan ubatan yang boleh dan sesuai digunakan untuk sesuatu
jenis penyakit serta mengetahui kegunaan-kegunaan tumbuhan ubatan tersebut.
Dalam memenuhi matlamat kajian ini, terdapat tiga objektif utama yang
diaplikasikan dalam kajian. Objektif pertama menyentuh mengenai spesies
tumbuhan yang digunakan dalam perubatan tradisional, kedua adalah mengenai
kegunaan tumbuhan ubatan dan seterusnya adalah untuk mengenalpasti sebab atau
faktor penggunaan tumbuhan ubatan dalam perubatan tradisional. Beberapa
metodologi kajian digunakan bagi mencapai objektif kajian iaitu dengan
menggunakan kaedah pemerhatian, kaedah soal selidik, kaedah temu bual dan juga
melalui kaedah pemerhatian. Dapatan awal mendapati bahawa masyarakat kawasan
kajian ini masih lagi menggunakan tumbuhan ubatan dan mengamalkan perubatan
tradisional. Dapat dilihat bahawa masyarakat di kawasan kajian ini masih lagi
mempercayai keberkesanan tumbuhan ubatan dalam merawat sesuatu penyakit
seterusnya mencapai tiga elemen penting kajian iaitu spesies tumbuhan ubatan
yang digunakan, kegunaan tumbuhan ubatan tersebut dan juga sebab atau faktor
penggunaan tumbuhan ubatan.
Kata kunci : Tumbuhan Ubatan, Perubatan Tradisional,
Pengetahuan Masyarakat